Toyol






*

Toyol dia datang padaku berlari-lari
tolong kemana ku kan pergi
Toyol kenapa pula aku yang engkau cari
tolong rupanya hodoh huwaa huuwaa huuwaa

Kepala botak matanya terbeliak
giginya bertaring merata-rata
eee seramnya kumelihat rupanya
melambai, melambai, ketawa pula

**

Apa yang kau mahu
datang kepadaku
aku sudah tahu asal usulmu
wahai toyol jangan ganggu

Badannya montel comel perutnya buncit
terkedek-terkedek tertonggek-tonggek
eee tajamnya taring dan juga kuku
mencari, mencari, jari kaki ku

(ulang **)

Padamu toyol
sebenarnya ku tak rasa takut
sengaja aku bersembunyi
menggeletarkan lutut

Pergilah toyol
jangan ganggu
manalah ada duit di saku
mana, mana, mana ada

(ulang *)

Kakinya kontot tapi larinya kencang
menghambat-menghambat dari belakang
eee kuat pukulan buku limanya
menghentak, menghentak, sakit kepala

(ulang **)

Tiba-tiba aku rasa sakit di kepala
ku terjatuh dari katilku sungguh besar benjolnya
rupa-rupanya aku bermimpi
tidur tadi aku tak basuh kaki
mimpi, mimpi, cuma mimpi

Toyol jika kau datang lagi ke dalam mimpi
aku ajar engkau menari
Toyol jika kau ada lagi di zaman ini
aku ajar engkau menyanyi

3 comments:

Anonymous said...

mungkin aku dikaburi oleh ilusi optik, tp aku nmpk gamba tuh macam arep!!... wakakakaka.....

En.Shahir said...

OOoOoo.. mntang2 arip x leh online.. sbb dok kk4.. nnt klw dia bli Ipod.. mst online slalu...
Sorry arip aku x bermksd nk ktuk hg... jgn mrh.

twin warriors88 said...

haha..siot r ko cidi. ko mmg mcam tu kan?